tak ada cerita yang menarik pun untuk semalam...
hanya hari yang berlalu seperti biasa...
lega bila teka teki SBPA dah berjawab..
saya ok jerrr... tak de nak pung pang pung pang citer pasal SBPA macam mak jemah...
releks je.. sebab saya tahu, walau sikit atau banyak, mesti ada benefit untuk pejawat awam... alhamdulillah.. rezeki Allah, mana kita tahu..
kerja-kerja part time pun dah mula membuahkan hasil... tidak banyak, tetapi ada juga side income untuk menjana perkembangan duit simpanan didalam bank . hehehhe....
sementara tidak ber'anak' lagi ni... biarlah menyimpan, tak banyak, sikit pun tak ape..
semalam macam biasa, lepas solat maghrib dan baca yasin... turun bawah, having dinner alone... yup... alone... tragis kan??? tak laaaa..... biasaje...
biasa malam-malam memang tak makan yang berat-berat, makan yang ringan-ringan cam kapas.. ehe!
bukan diet.. tapi malam ni, masa pendek, so... takot-takot makanan lambat hadam... boleh jadi lemak maaaaa.....
bergantung pada makanan la.. if malam-malam ada lauk best2... tolak tepi la tips-tips nak jaga badan. huhuhuhu.... ghedo je lah!
mlm tadi just buat mashroom sup, add on mashroom bebanyak... amik 3 keping roti, sapu planta, bakar sampai hangus.. hahaha.... semerbak satu rumah..
buat air horliks.. dan baca bismillah... NGAP!!!! sambil tgk berita.
mesti ada reader yang tgk semanis kurma malam tadi...
topik yang best.. 'BIRAS KAMCING'...
adlin dan ac yang jadi tetamu undangan...
saya suka gaya bahasa yang adlin dan ac gunakan dan cara penyampaian mereka..
sugguh memberi kefahaman dan point-point yang mantap.. mungkin sebab mereka dah ada talk show, so tak nampak kekok dan sangat bersahaja..
kagum dengan keakraban mereka yang saling faham memahami dan mempunyai institusi keluarga yang kuat..
ada juga pendengar yang call menceritakan masalah beliau apabila biras dan mak mertua sentiasa mencari salahnya dan tidak bertegur sapa walhal hanya untuk memberikan senyuman..
dan jawapan ac..
'kita jangan mencari kesalahan orang.. mungkin ada kesalahan yang kita buat tanpa sedar.. orang tidak akan berperangai begitu sekiranya kita tidak berbuat apa-apa.. mesti ada sesuatu yang buat mereka berperangai begitu.. sebagai contoh, kalau kita duduk diam sahaja, tak kan tiba-tiba je orang tak suka kita, walhal kita tidak berbuat apa-apa..'
dan jawapan adlin...
'ada hikmahnya berlaku sebegitu, A** perlu bersikap baik dengan biras dan mertua.. kita mengalah.. dan yang lebih penting disini, kebaikan yang kita dapat adalah bila A** cuba untuk mengambil hati dan bersikap baik, sikap baik itu akan terus membuatkan kita untuk menjadi baik...baik....baik....dan semakin baik... sebagai contoh, kita nak ambil hati mak mertua, kita kemas rumah dia... dan lama-kelamaan kita dah terbiasa dan ianya akan menjadi semakin baik untuk diri kita sendiri dan juga ahli keluarga yang lain..'
anway... setakat ini saya memang tak ada lagi biras lelaki.. semua biras perempuan.. alhamdulillah, mereka semua kamcing sangat dengan saya..
kami boleh keluar bertiga dan berborak sakan, tanpa ada rasa jurang antara kami.. walaupun berbeza umur, tapi kami tetap rapat..
biras-biras saya semua cakap saya ini kelakar...
'kelakar ke??? hurmmm.....'
oklah, cukup setakat ini 'taip'an (ganti nama 'coretan') saya hari ini... kita jumpa isnin nanti...
'weekend cuti berbloging...'
 |
| + ok!! ini bukan kelakar, ini ganasssss....+ |
w'salam..